Tuesday, 31 July 2018

CARA CAT KERETA LAMA KEMBALI NAMPAK BARU


Ramai yang inginkan cat kereta lama kereta mereka kelihatan seperti baru semula, tetapi tak tahu cara untuk lakukannya. Sebenarnya pelbagai jenis produk di luar sana boleh pulihkan semula cat kereta anda kembali seperti baru semula. Kereta hendaklah dibasuh dan aplikasikan wax di tempat yang teduh, permukaan kereta tidak terdedah dibawah sinaran panas matahari supaya mudah untuk proses mengilap.

Langkah 1: Membilas dengan Betul

Satu langkah yang selalu diabaikan oleh pemilik kereta adalah pentingnya mencuci kereta dengan bersih secara menyeluruh terlebih dahulu. Kereta mestilah dicuci untuk menghilangkan debu dan kotoran yang mungkin boleh menyebabkan kesan calar.

Langkah 2: Mencuci dan Mengeringkan

Ia perlu dicuci dengan menggunakan span khas untuk automotif dan menggunakan sabun yang dibuat khas untuk kegunaan automotif. Penggunaan sabun rumah seperti sabun cuci baju dan sebagainya yang kasar boleh menyebabkan kerosakan pada cat. Basuh dan bilas kereta, satu bahagian pada satu masa, bermula dengan bumbung. Sebaik sahaja kereta itu telah dibasuh dan dibilas, keringkan menggunakan kain microfiber khas automotif atau kain lembut.

Langkah 3: Membersihkan Cat

Sebuah kereta yang catnya teroksida teruk akan memerlukan produk yang dirumuskan untuk mengeluarkan pengoksidaan itu. Sesetengah syarikat membuat produk yang dipanggil 'paint cleaner' yang digunakan untuk menghilangkan kotoran dan kerosakkan pada permukaan cat selepas mencuci dan sebelum waxing atau polishing.


Sumber Gambar : car complaint by Julie M

Langkah 4: Menentukan antara Wax dan Polish

Wax dan polish datang dalam formula berbentuk cecair, krim dan semburan dan kadang datang dengan beberapa warna untuk menyamai warna cat kereta. Ini dapat membantu memperbaiki penampilan keseluruhan cat tersebut. Wax kereta biasanya dibuat daripada wax carnuba(sumber semulajadi) atau sintetik, dan ianya akan menghasilkan sinaran yang lebih baik daripada polish, ianya mesti selalu diguna semula. Polish kereta juga mungkin ada yang mengandungi wax, tetapi biasanya polish mengandungi polimer yang lebih baik mengikut cat dan memberikan perlindungan yang lebih baik. Sesetengah orang mengesyorkan supaya polish kereta terlebih dahulu dan kemudian baru wax, idea itu mengatakan bahawa polish itu memberikan perlindungan tambahan, sementara lapisan wax akan memberikan finishing yang lebih bersinar. Cat kereta yang telah pudar dapat manfaat paling banyak dari polish dan wax.

Langkah 5: Menggunakan Wax atau Polish kereta

Banyak kedai Spa kereta profesional menggunakan mesin polish pemutar ketika proses wax atau polish. Walau bagaimanapun, jika tidak dilakukan dengan betul, mesin polish itu sebenarnya boleh merosakkan cat dan ada dalam beberapa kes sehingga mengeluarkan cat. Wax atau polish kereta hendaklah digunakan dalam gerakan bulatan untuk satu bahagian pada satu masa. Kebanyakan produk automotif seperti wax dan polish akan memberikan kesan seperti jerebu sebelum menghilangkannya semula. Sebaik sahaja produk itu telah dalam keadaan seperti jerebu, maka ia boleh dihilangkan dengan menggunakan kain lembut atau kain microfiber. Hilangkannya menggunakan kaedah gerakan bulat secara berterusan.

Mengembalikan cat kereta lama sebenarnya semudah dengan hanya mencuci dengan teliti dan menggunakan polish atau wax berkualiti tinggi. Penjagaan yang betul akan memastikan cat kereta lama dilindungi dan secara drastik memperbaiki penampilannya.

Sunday, 29 July 2018

PERBEZAAN WAX & POLISH


Wax dan polish adalah antara salah satu produk untuk penjagaan kereta, terdapat banyak jenis langkah yang kita boleh ambil untuk perlindungan kereta. Semua jenis produk ini dapat membantu untuk menjaga cat kereta. Anda boleh menjalankan kedua-dua langkah penjagaan cat kereta seperti Wax dan polish ini dengan menetapkan jadual bulanan dirumah anda. Kereta anda akan kelihatan cantik dan mempersonakan. Jika anda sentiasa lakukan kerja-kerja meng’wax dan mem’polish’ kereta anda, kereta anda akan nampak seperti baru!
POLISH KERETA
Polish kereta hendaklah dilakukan sebelum anda wax kereta, polish menghilangkan segala jenis kotoran dan kerosakan yang ada pada body kereta seperti kesan minyak, gris, lecah tanah, calar yang tidak dapat dihilangkan dengan membasuh secara biasa.
Terdapat pelbagai jenis bentuk polish seperti berbentuk krim, cecair, dan semburan yang mengandungi bahan pelarut yang akan menghilangkan kotoran untuk menjadikan cat bersinar.
Polish berbeza dari wax kerana polish akan mengeluarkan kotoran tetapi tidak akan memberikan sebarang perlindungan pada sesuatu permukaan. Ia digunakan sebelum waxing dan anda perlu menggunakan dalam kuantiti yang banyak pada kain untuk menggilap. Anda perlu menggilap menggunakan pergerakan bulatan atau anda juga boleh menggunakan mesin polish.Perlu diingatkan, nda perlu berhati-hati kerana jika anda menggosok terlalu banyak dan kuat, ia menyebabkan banyak cat yang terhakis dan mendedahkan lapisan cat utama atau undercoat.
WAX KERETA
Wax kereta digunakan selepas membasuh dan polish kereta untuk menambahkan lapisan berkilat pada kereta serta memberi lapisan perlindungan. Ia adalah sejenis pelindung cat. Sekiranya terdapat sebarang kotoran atau kerosakan pada cat, maka wax akan lindungi cat kereta. Wax akan melindungi kereta anda dari sinaran UV dan akan mencegah pencemaran dan habuk lain daripada merosakkan kereta anda. Ia juga mengurangkan kelembapan yang bersentuhan dengan cat, kerana air menyebabkan kehakisan.
Ramai orang beranggapan bahawa wax boleh merosakkan kereta, tetapi tidak jika anda menggunakan wax berkualiti yang mengandungi bahan-bahan terjamin kualitinya. Menggunakan wax sebenarnya akan menambahkan usia cat kereta anda dan boleh menjadi sangat berbaloi. Anda boleh menggunakan wax kereta dengan cepat dan terdapat banyak jenama dan jenis wax yang berlainan. Anda tidak perlu menggunakan terlalu banyak wax kerana ia boleh merosakkan cat. Adalah lebih baik jika anda menggunakan wax dengan lapisan yang nipis sahaja, walaupun menggunakan span atau kain lembut.
Jadi Apa yang Harus Anda Gunakan?
Penggunaan polish atau wax bergantung kepada keperluan kereta anda. Jika kereta anda mempunyai banyak calar atau karat maka polish akan menjadi produk pilihan. Wax membantu melindungi kereta dan membuatkan kereta anda berkilat dan bersinar. Anda perlu wax kereta anda sekurang-kurangnya setiap 3 bulan, tetapi polish hanya perlu dilakukan apabila anda melihat terdapat masalah calar-calar dan kotoran yang tidak dapat dihilangkan jika membasuh secara normal.
Akhirnya anda perlu cek kereta anda selepas mencuci sebelum anda wax untuk melihat adakah anda perlu menggunakan polish atau tidak. Dengan itu, untuk mengelakkan dari terdedahnya kepada calar dengan cepat, anda boleh meminimumkan kerosakan tersebut. Kesan gores yang tidak dirawat boleh menyebabkan karat dan akhirnya boleh membentuk lubang-lubang kecil.
Petua
Sebelum menggunakan sebarang jenis wax atau polish,  penting untuk anda test di tempat yang kecil dahulu. Bahan-bahan wax dan polish semuanya berbeza dan boleh menjejaskan cat kereta anda dengan cara yang berbeza.

Ingin kekalkan kecantikan luar dalam kereta anda seperti kereta baru? Mulakan penjagaan kereta anda secara DIY dengan bantuan kami di Vomaq Smart Shield. Produk VOMAQ telah berjaya mambantu ramai pemilik kereta di Malaysia! Dapatkan VOMAQ sekarang! di www.vomaq.com

Tuesday, 24 July 2018

Aik! Kenapa Kereta Jadi Bintik2


Hai Assalamualaikum W.B.T. Selamat petang kepada anda. Okay, sebenarnya petang ini dekat tempat saya baru sahaja hujan. Jadi, saya nak kongsikan dengan korang effect Vomaq Weatherproof kepada kereta anda apabila anda gunakan Vomaq Weatherproof.

photo_2018-07-24_22-24-08.jpg

Okay, ini contoh di kereta saya yang saya gunakan. Yang ini actually, dah spray tapi tak kena hujan. Okay, saya nak tunjuk belah sini, kalau tuan/puan semua nampak dia punya effect nampak macam “Daun Keladi” . Maknanya, air itu tak lekat betul2 tau dekat body kereta ini. So, bila air tak lekat dekat body kereta kita ini dia tak kotorlah. Senang cerita, tak kotor.

photo_2018-07-24_22-24-25

Okay, nampak ini? Air dah tak lekat dah, nampak dekat kawasan2 ini bila kita bawa kereta, air itu akan macam mengalir je dia takkan lekat dekat kereta. And then, kereta kita tidaklah kotor walaupun hujan lebat. Okay, tuan/puan boleh tengok. Ini antara kesan-kesan. Sebab kelebihan kita menggunakan Vomaq Weatherproof ini, dia boleh spray dekat cermin, boleh spray dekat body, dekat plastik. So, effect dia boleh nampak dekat sini, hujan sangat lebat tadi so, kita tak risau pun kereta kita akan kotor.

photo_2018-07-24_22-24-35

Okay, boleh nampak kan kesan dia? Beza sebenarnya kalau kita tak spray menggunakan Vomaq atau just kita biar je. Kita tak nampak kesan dia macam air akan lekat dekat body, and then kereta kita akan kotor So, kalau gunakan Weatherproof ini. Kereta kita takkan kotor, bila kita bawa kereta. Air itu akan sendiri “lari” lah senang kata. Tuan/puan boleh nampak beza dia? Dekat bawah ini dah hilang dah .

photo_2018-07-24_22-24-31

Nampak effect dia?!. Senang menggunakan produk Vomaq Weatherproof sangat mudah dan kesannya tahan lama dah berapa bulan dah saya guna. 3 bulan dah, ini kesan dia. Sekali spray sahaja. Maklumat lanjut layari www.vomaq.com

Wednesday, 4 July 2018

3 Tips Kekalkan Kereta Berkilat


HANYA BEBERAPA  SAHAJA STOK PROMO TINGGAL! 

Dapatkan produk kami, VOMAQ for Exterior & Interior di laman web ini. Produk Premium Penjagaan Kereta yang paling dipercayai terbukti keberkesanannya. Lawati www.vomaq.com sekarang!. Stok promo TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 30hb Jun ini! Klik di sini sekarang! atau kami di +60195454742. *Hubungi kami untuk Special PROMO - Pemberian Percuma bernilai RM90*

Hari ini vomaq nak kongsikan dekat korang tips untuk bagi kereta kita kekal kilat semuanya ada 3 cara.

Tips pertama cara untuk bagi kereta kita kilat adalah kita kena selalu basuh kereta. Okay, bila kita selalu basuh kereta,  kereta pun sentiasa berkilat dan kelebihannya adalah cat kereta kita juga akan terjaga.

Tips kedua ialah kalau boleh kita cuba sedaya upaya untuk elakkan jalan yang berlecah, berlopak dan jalan2 yang kotor, gunakan jalan yang bersih dan jauh dari kerja-kerja pembaikan jalan, tanah merah dan sebagainya.
Yang tak bestnye, bila kereta kita kotor orang tengok kita pon nampak macam kita seolah-olah macam tak mandi pulak.
Tips yang ketiga ialah korang boleh pergi ke kedai basuh kereta (carwash), korang boleh dapatkan polish ataupun boleh buat wax kereta. Bila korang gunakan wax atau polish kereta, kereta kita akan berkilat bersinar dan juga cat kereta akan lebih tahan lama.

Akhirnya, ni jalan yang paling senang dan paling malas nak basuh kereta. Tapi korang tetap boleh kekalkan berkilat iaitu dengan hanya menggunakan VOMAQ Weatherproof. Lepas korang basuh je kereta, korang cuma sembur sahaja dekat kereta dalam keadaan basah dan kesan serta merta!. Jadi kereta korang tak perlu lah nak kena basuh selalu.

Ingin kekalkan kecantikan luar dalam kereta anda seperti kereka baru? Mulakan penjagaan kereta anda secara DIY dengan bantuan kami di Vomaq Smart Shield. Produk VOMAQ telah berjaya mambantu ramai pemilik kereta di Malaysia! Dapatkan VOMAQ sekarang! di www.vomaq.com

Penjagaan Dalaman kereta

Langkah 1 : Buang segala sampah Kebanyakkannya pemilik kereta banyak menghabiskan masa dalam kereta, contohnya pergi kerja naik kereta da...